PEMULIHARAAN TANAH

Ok..untuk bahagian ni..kita akan tengok pemuliharaan tanah sahaja..

apa yang korang tahu pasal TANAH?

kenapa kita perlu jaga TANAH?

korang pernah terfikir tak apa yang terjadi kat TANAH di atas Bumi ni??

haaa hambik kau banyak benor soalannya..hehehhe



ok..jom kita explore sama-sama dengan cacing ni..dengarlah luahan hatinya...rumahnya musnah kerana kita..tengoklah muka dia, sedih je kan...kitorg pon sedih jgk..:-(


Untuk pengetahuan semua, tanah adalah satu sumber semula jadi yang sangat penting. Namun, ia tidak dipuliharan dengan baik...tahu tak kenapa?? sebab tanah jarang dianggap sebagai sumber semula jadi yang perlu dipulihara..

Pemuliharaan tanah adalah satu set strategi pengurusan untuk mengelakkan permukaan tanah daripada dihakis  daripada permukaan tanah atau diubah secara kimia daripada penggunaan berlebihan,asidifikasi , salinisasi atau lain-lain pencemaran tanah..Ia merupakan sebahagian daripada sains tanah alam sekitar

Pemuliharaan tanah mengambil kira :


  • strategi -strategi mengelakkan tanah daripada terhakis
  • mengelakkan tanah daripada kehilangan kesuburannya hasil daripada kesan perubahan komposisi kimianya seperti ; 
                   a) Penggunaan terlampau
                   b) Asidifikasi
                   c) Salinisasi
                   d) Lain-lain pencemaran kimia tanah


KENAPA KITA PERLU PULIHARA TANAH?? 
SAPA NAK JAWAB ANGKAT TANGAN?

ok..sekarang kita tengok kenapa kita perlu pulihara tanah..yang pertama sekali kita tengok kepetingannya dalam bidang PERTANIAN.

BIDANG PERTANIAN

Dalam negara membangun, kebanyakan sumber pendapatan adalah melalui pertanian. 
Dalam negara maju , pertanian mekanikal ada menggunakan baja kimia yang berlebihan kadangkala  
menyebabkan kerosakan pada tanah.

Tanah juga penting untuk PERSEKITARAN.

Pemuliharaan tanah bukan sahaja penting dalam bidang pertanian, ia juga mempunyai pengaruh meluas ke atas persekitaran dan melibatkan semua orang. 

Apa yang kita perlu elakkan??

  1. Hakisan tanah
  2. Pencemaran tanah


Kenapa ye?? sebab... untuk mengekalkan kesuburan tanah...implementasi pelbagai strategi pemuliharaan boleh membantu mengelakkan hakisan tanah, mengekalkan kualiti tanah dan meningkatkan produktiviti tanah. 

Pemuliharaan tanah yang baik menghasilkan tanah yang subur, hasil tuaian yang lebih baik, pulangan kewangan yang baik dan persekitaran yang seimbang. 

Apa akan terjadi kalau kita tak pulihara tanah?

1. Kejadian tanah runtuh












ž




     







No comments:

Post a Comment