PEMULIHARAAN HUTAN


Apa itu hutan?




Hutan adalah kawasan yang ditumbuhi oleh pohon-pohon dan hutan-hutan yang lebat dan banyak dijumpai di wilayah bumi yang  luas.

Hutan dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui.Dengan fungsinya sebagai biodiversiti, ianya menjadikan Malaysia sebagai salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan biotik dan abiotik.Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia.


Apakah jenis-jenis hutan di Malaysia?
  • Ø  Hutan Ericaceous –Gunung
  • Ø  Hutan Montane– Oak
  • Ø  Hutan Dipterokarp Atas
  • Ø  Hutan Dipterokarp Bukit
  • Ø  Hutan Dipterokarp Pamah
  • Ø  Hutan Paya Gambut
  • Ø  Hutan Paya Laut

Apakah kepentingan hutan kepada kita ?

1.    Hutan sebagai habitat flora dan fauna.
Menjadi tempat tinggal hidupan liar serta pelindung flora yang hebat.

2.    Hutan Penstabil Suhu Dunia.
Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis,hutan menggunakan karbon dioksida dapat menyejukkan suhu bumi.Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanam pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar.Hutan penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan kawasan yang panas.

3.     Pencegahan banjir.
Hutan berfungsi untuk menahan air larian permukaan bila tanah tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang turun.Jadi jika hujan turun, hutan akan menyerap air dengan baik,kerana titisan air hujan akan turun dengan perlahan-lahan akibat rintangan daun,ranting ,batang pokok serta humus yang begitu tebal di kawasan tanah hutan.Dengan ini banjir akan dapat dielakkan.

4.    Sumber makanan.
Hutan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagi sumber makanan serta buah-buahan.Buah-buah atau tumbuhan di dalam hutan boleh menjadi sumber makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.


5.    Hutan dan Ekonomi Negara

Pembalakan secara terancang boleh menjamin kelangsungan hutan negara. Pemuliharaan hutan sangat perlu.Pembalakan secara terpilih,menebang pokok yang betul-betul matang sahaja perlu dilaksanakan.Penanaman semula hutan perlu dijalankan secara kerap.Kawasan hutan simpan dan taman Negara memerlukan pemantaun yang lebih kerap dan terancang.Kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air perlu dipantau,tindakan undang-undang perlu tegas.Undang-undang perlu digubal untuk menjamin kawasan hutan atau kawasan tadahan air terpelihara.

6.    Hutan dan Pelancongan

Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat.Konsep eko pelancongan sangat bertepatan dengan Negara kita sebenarnya.Dengan hutan hujan tropika yang hebat,termasuklah hutan paya bakau mampu menyerlahkan suasana nature kepada pelancongan,buktinya sudah terbentang di depan mata,Taman Negara sebagai contohnya merupakan salah satu konsep eko pelancongan yang menarik untuk diterokai.



Apa yang terjadi sekiranya hutan musnah ?

1. Kemusnahan dan perubahan habitat
Aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan.
Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.



2. Pembakaran hutan
Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.


3. Perubahan suhu dunia
Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia.
Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.


4. Hakisan tanah
Pemusnahan hutan boleh menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh akan berlaku kerana pokok-pokok dan hutan ini tidak dapat menyokong tanah terutama apabila banjir berlaku.
  







  










No comments:

Post a Comment