Ting tong...

hai semua...ingat lagi post yang lepas kita sembang-sembang tentang PEMULIHARAAN? ok, now kami nak terangkan apa itu PEMULIHARAAN...


Maksud PEMULIHARAAN ialah :


1.  memulihkan serta memelihara dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada  
     dalam keadaan baik. (Kamus Dewan 2005)
 2. memperbaiki persekitaran yang telah rosak akibat daripada aktiviti-aktiviti 
     manusia yang tidak bertanggungjawab.(J. Fieldhouse & S. Robertson 1986)
3.  Penggunaan biosfera oleh manusia supaya menjadi seoptimum mungkin. ( Nor  
     Ain , 1992)

 Antara objektif utama PEMULIHARAAN ialah :

1. mengekalkan dan memperbaiki proses-proses ekologi dan proses yang 
 membantu dalam sistem kehidupan. Proses ekologi termasuklah kitaran 
  karbon,oksigen,fosforus,nitrogen dan unsur- unsur lain yang diperlukan. 

2. mengekalkan kepelbagaian biotik. Terdapat dua jenis kepelbagaian biotik iaitu 
    spesies dan genetik. Kedua-dua perlu dikekalkan kerana penting dalam 
    seimbangkan sesuatu ekosistem dan kemajuan sektor pertanian.  

3. menentukan penggunaan spesies dan ekosistem. Penggunaan sesuatu spesies 
    memerlukan pengetahuan mengenai kehadiran dan kelimpahan. Pengetahuan ini 
    dapat mengelakkan berlakunya penggunaan yang berlebihan dan dapat 
    menentukan pemulihan. Kadar dan cara pemulihan bergantung pada biologi 
    sesuatu spesies dan juga kepada kualiti sesuatu ekosistem.

No comments:

Post a Comment