PEMULIHARAAN HIDUPAN


PEMULIHARAAN HAIWAN


Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) telah mengira peratusan spesies terancam sebagai 40% daripada semua organisma, berdasarkan sampel spesies yang dinilai pada sepanjang 2006.  Harimau merupakan antara spesies yang menghadapi risiko kepupusan telah disenaraikan dan memperoleh perlindungan undang-undang.  Sebagai contoh, Harimau Siberia ialah subspesies harimau yang terancam.

HARIMAU 



Sejak seabad lalu, WWF berkata, pemburuan haram, pengecutan habitat dan perdagangan bahagian harimau yang digunakan untuk ubatan tradisional memberi kesan mendalam terhadap hidupan liar itu.  Mengikut perangkaan, jumlah harimau seluruh dunia menurun sebanyak 97 peratus dan terdapat kira-kira 3,200 hidupan liar berkenaan pada hari ini.


Terdapat 13 negara dan kumpulan konservasionis telah diberi dana USD$330 juta dari Bank Dunia yang mengetuai inisiatif harimau global. 13 negara yang menyertai itu ialah Bangladesh, Bhutan, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Rusia, Thailand dan Vietnam.



Bagi Malaysia pula kawasan yang diberi perhatian ialah hutan yang ada di Jerantut bersempadan dengan Kelantan dan Terengganu terutamanya daerah Tahan.

Selain itu, haiwan lain yang dikira sebagai terancam ialah 

BADAK SUMATRA


PENYU 


ORANG UTAN


GAJAH 


TAPIR



Langkah yang boleh diambil bagi pemuliharaan ialah:

  1. *      Menguatkuasakan undang-undang yang dapat melindungi   spesies bersandar pemuliharaan
  2. *      Mengharamkan pemburuan
  3. *      Mengehadkan pembangunan tanah
  4. *      Mengasaskan kawasan simpanan haiwan.
  5. *      Mengadakan kempen kesedaran bagi memelihara dan meningkatkan kesedaran rakyat untuk memelihara hidupan liar
  6. *      Melindungi kawasan habitat, perlindungan jangka panjang dan pemakanannya serta menggunakan sains untuk memantau kecekapan aktiviti konservasi.



No comments:

Post a Comment