TIBALAH HARI PAMERAN...

    SELAMAT DATANG KE TAPAK KAMI.....

Akhirnya hari yang ditunggu dah tiba..hari pameran Sains PISMP SEMESTER 8..jom layan gambar-gambar yang ada..


yang kat bawah ni semua bahan -bahan yang diletakkan untuk pameran kami. 


kalau sapa-sapa  tengok benda yang bulat leper tu mesti cakap belacan..kan2? tapi tu sebenarnya MUDBALL yang dah dikomersialkan..


haaa..yang bulat-bulat tu la mudball yang kami buat..


yang ni pulak dedak beras dan gula merah..sapa-sapa yang tak pernah tengok macam mana rupa dedak beras bolehla tengok kat sini..


yang ni namanya tanah merah...



selamat datang..ceewahh muka-muka yang menunggu tetamu..pagi-pagi tak de orang lagi..
tunggu la kejap lagi..


pengunjung semakin ramai..tengok lah semua sibuk tengah terangkan apa itu mudball

khusyuknya cikgu-cikgu ni dengar pasal mudball..




jenguk-jenguk kejap kat gerai sebelah..best jugak sebab boleh minum air teh..

okay..sekian sahaja aktiviti kami sepanjang hari pameran ni..penatnyaaaa tapi sebelum tu terimalah serangkap pantun dari kami


HAJAT NAK TAWAN GUNUNG NAN TINGGI
LIARNYA HAIWAN JANGAN SELISIH
TERPAHAT KENAGAN TUGU MEMORI
PERGILAH DENGAN INGATAN KASIH...



PERSIAPAN SEBELUM PAMERAN..

Esok PAMERANNNNNNN...hari ni sibuk membuat persiapan..tapi terlupa plak nak ambil gambar..

Banyak benda yang perlu disiapkan ni..oklah, kami bagitahu jela apa yang kami buat ye..

1. buat poster dengan board untuk pameran..







2. Persiapan membuat broshur








3. MUD BALL dah siap tunggu nak pamerkan aje...

nak tengok MUDBALL kami?? datang la ke tapak PAMERAN PEMULIHARAAN ..ok..kita jumpa esok...



JOM KITA BUAT MUDBALL...

APA ITU EM MUDBALL?

EM Mudball adalah campuran antara tanah,liat,bahan organik,molases,minerals dan semestinya gabungan  berfaedah iaitu bakteria Asid Laktik,bakteria Fototropik,Yis dan Antinomyteses..

EM Mudball mudah dilontar dan tenggelam di dalam air.EM Mudball bertindak perlahan-lahan  dari dasar air.


KELEBIHAN EM MUDBALL

Merupakan salah satu alternatif yang digunakan dalam menyelesaikan masalah pencemaran air selain dapat membaik pulih kualiti air sedia ada.

Ia juga digunakan di dalam kolam-kolam takungan ,sungai, yang tercemar serta laut.

Tindak balas mudball adalah sangat cepat malah ia mampu bertahan selama sebulan.

Satu inovasi dan tranformasi kepada kaedah kawalan kualiti air yang lebih efektif dan berteknologi tinggi.


FUNGSI EM MUDBALL SEBAGAI AGEN PURIFIKASI AIR


  • memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah,lumpur,logam berat dan sebagainya. 
  • menstabilkan pH air
  • memusnahkan ammonia dan nitrogen dalam air
  • mengurangkan bau busuk air
Ok, hari ni kami nak tunjukkan cara-cara membuat Mudball pulak... Memandangkan masa tidak cukup 3 bulan, kami telah menggunakan cecair EM yang telah dibeli dari syarikat Sarjani.





okay..kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat EM MUDBALL....

   Bahan-bahan untuk membuat EM MUD BALL ialah

  1.   CECAIR  EM, 
  2.   DEDAK BERAS, 
  3.  TANAH MERAH. 
1. Sediakan cecair EM


2. Masukkan dedak beras ke dalam cecair EM dan gaul sehingga sebati.


3. Masukkan campuran dedak beras tadi ke tanah merah


4. Campur hingga rata dan mula buat bola EM


5. Bola lumpur diletakkan di dalam kotak penapaian



SIAPPPPPPPPPPPPPPPP...akhirnya siap jugak mudball kami..okay..kita tunggu untuk hari pameran macam mane rupa mudball ni okay...


APA ITU EM MUDBALL??

Hari ni kami nak tunjukkan cara -cara membuat EM MUDBALL..tapi...sebelum kami nak cerita dulu komposisi EM MUDBALL.

MEMBUAT MIKROORGANISMA EFEKTIF (EM) BAGI PENGURANGAN PENCEMARAN MELALUI KITAR SEMULA SISA-SISA DAPUR

PENGENALAN
Mikroorganisma Efektif (EM) tidak mengandungi mikrob yang khusus. la merupakan campuran mikroorganisma yang terpilih yang berupaya memberi pelbagai faedah. Semua mikrob ini boleh didapati dalam alam semula jadi. la berkebolehan melupus bahan organik dan seterusnya mengeluar bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino, gula, alkohol, hormon dan sebatian organik


KAEDAH MEMBUAT MIKRO- ORGANISMA EFEKTIF (EM)
Nisbah
1.
Gula merah / molasses
:
1
2.
Sisa makanan ( contoh sisa sayur, kulit buah )
:
3
3.
Air
:
10



KAWALAN KUALITI EM
di bawah 3.5

Masam harum (tidak boleh diguna jika ia berbau busuk)



KEGUNAAN EM
a)
Dalam Rumah

-
Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik

-
Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi

-
Membantu menghalau serangga

-
Membasuh lantai



b)
Pertanian

-
Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan

-
Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga

-
Sebagai baja untuk tanaman

-
Memulih tanah yang· bermasalah

-
Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos


c)
Longkang / Sungai

-
Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk


       


Maklumat di atas ialah komposisi bagi cecair EM atau efective microorganisme . Cecair EM ini adalah komposisi utama dalam EM MUDBALL sebelum mudball itu dibentuk. 

Gambar-gambar di bawah menunjukkan bahan-bahan untuk membuat cecair EM



1. Kulit buah

2. Gula merah 


3. Air Suling 

Cara-cara membuat cecair EM 

1. Campur gula merah dengan air. Kacau hingga gula melarut ke dalam air. 


2. Masukkan air ke dalam bekas yang tinggi supaya terdapat 1/3 ruang udara untuk proses     fermentasi


3. Masukkan kulit buah ke dalam bekas campuran air dan gula merah tadi.


4. Tutup bekas dan tinggalkan selama 3 bulan . Bekas perlu dibuka setiap hari dan dikacau supaya gas dapat dikeluarkan. 


5. Cecair boleh digunakan selepas 3 bulan.



Okay..selesai proses membuat cecair EM untuk hari ni...kita akan sambung cara-cara membuat mudball pula untuk entry seterusnya apabila cecair ni sedia digunakan. 





KEBUNTUAN TERLERAI...

wah2..kalau tengok kat entry bukan main puitisnyakan? heheh oklah, untuk entry hari ni..kami nak bagitahu yang kami dah JUMPA PROJEK KAMIIIIIIIIIIIII..YIHAAAAAAAA...macam mana kami jumpa?? haaa ni nak citer ni...


ingat tak, post yang lepas kami dok google-google dalam lab tu? sebenarnya izma dan irah ada terjumpa sesuatu yang sangat menarik!!! nak tau apa idea?

haaaaaa korang pernah dengar apa itu EM MUDBALL? 

ok, meh nak citer..EM MUDBALL adalah sejenis bola lumpur yang digunakan untuk pemuliharaan air. Ia digunakan di kebanyakan sungai-sungai tercemar di negara kita seperti di Melaka, Selangor,Perlis ,Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur....kandungan EM MUDBALL ni ialah mikroorganisma efektif yang iaitu bakteria fotokropik,bakteria asid laktik,dan yis yang membantu memecahkan molekul-molekul organik seperti ammonia,hidrogen sulfat yang keluar dari sampah di dalam sungai yang tercemar. banyak kegunaan MUDBALL ni sebenarnya..ia juga boleh menghilangkan bau busuk, meneutralkan pH air, dan merawat air yang telah tercemar daripada kelas 4 (tercemar) dan kelas 5 (hampir mati) kepada kelas 3( airnya nampak bersih,tidak berbau, tetapi airnya telah tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang).
EM Mudball mudah dilontar dan tenggelam di dalam air. EM Mudball bertindak perlahan-lahan dari dasar. 

cuba korang semua tengok artikel -artikel kat bawah ni dimana EM MUDBALL telah digunakan di negara kita.










haaaaa mesti korang punya mata macam ni kan @-@....hehe tula..kami pon baru tau pasal EM MUDBALL ni..

SO, DENGAN NEKADNYA KAMI DECIDE UNTUK DEDAHKAN ISU INI KEPADA SELURUH WARGA IPG KAMPUS TEKNIK TENTANG CARA PEMULIHARAAN AIR YANG MUDAH IALAH DENGAN MENGHASILKAN EM MUDBALL....

untuk dapatkan sampel MUDBALL yang sebenar, kami telah contact satu syarikat penghasilan MUDBALL secara kilang iaitu SARJANI(M) SDN.BHD  kat bawah kami dah printscreen emel kami dengan syarikat tersebut. 


ni pulak pamplet yang syarikat tu bagi..




sekarang, mulalah tugas kami dalam penghasilan produk EM MUDBALL..maklumat-maklumat pasal mudball dah ada tunggu nak buat je..kami decide nak buat sniri la kan..baru ada feel buat projek...heheh kami akan cerita cara-cara nak buat mudball ni dalam entry seterusnya ok..



MUSYAWARAH DI MAKMAL BIO...

KELAS..MACAM MANA PERKEMBANGAN PROJEK AWAK? DAH BUAT SAMPAI MANA?


 haaaaa tu dia kita dah dengar suara Puan Noodiana tanya kat anak-anak muridnya pasal projek pameran tu...

ok, today kami bincang dengan puan nak buat projek yang mana...segala idea-idea dan maklum balas diterangkan semula kat puan diana..and..puan cakap tak boleh sama dengan group lain... buat la sesuatu yang berlainan..kalau nak buat kitar semula, projek tu dah biasa sangat..dah bosan..senior-senior dulu pon asyik buat kitar semula je...


emmmmm...okay puan...(semua senyum dengan muka blur)


ok..jom kita google isu isu yang best-best sikit untuk dijadikan projek pameran..




Semua stress tengok depan laptop cari isu-isu yang best..dan akhirnya...masa pon habis...




BERTEMU KEMBALI...(MUSYAWARAH KETIGA)

Assalamualaikum..Alhamdulillah..setelah lame menyepi..akhirnya kita bertemu lagi untuk entry hari ni..Masa intership hari tu..seriously kami sangat susah nak jumpa untuk berbincang. Al-maklumla dah masing-masing sibuk dengan projek dan AR  kat sekolah..so, hari ni, kami dapat join together semula untuk bincang APAKAH PROJEK KITA DI PAMERAN NANTI??

POSTO-POSTOOOOOOO...

kat bawah ni adalah hasil  maklum balas tugas masing-masing setelah lama tinggalkan STM..

syida  : saya dah call pusat Eco Tourism Kuala Sepetang untuk dapatkan maklumat mengenai
           Program Pemuliharaan yang boleh kita buat di sana. kat bawah ni ada printscreen emel
           saya dengan En. Khairul. Beliau telah memberi maklum balas mengenai Program Lawatan
           Pemuliharaan Kelip -Kelip di sana.  Hasil perbincangan saya bersama En.Khairul  
           menunjukkan kita boleh ikuti Lawatan Bersama Pelancong sebagai penyelidik tetapi mesti
           mengikut tarikh yang mereka cadangkan. Memandangkan tarikh yang  dicadangkan oleh
           mereka adalah hari kuliah, jadi kita xboleh ikuti program tersebut.



melepas dah satu projekkkkkkkkkkkk.......

now, maklum balas dari izma pula ..

izma: Akak dah call kawan akk yang dekat Sahabat Alam Malaysia tu, dia cakap banyak je projek 
         Sahabat Alam Malaysia ni especially tanam pokok bakau.Dia sugest dgn group nelayan 
         PIFWA..tp...........................................kat Batu Kawan!..huhu..:( klu Pn Noordiana & Dr 
         Siti nk sponsor g Penang buleh le.....:) (....dgn nada bersemangat!)

Shida : Alahai kak..........lama lagi la mcm tu..........huhu


jom kita dengar maklum balas dari Murni pulak..

murni : saya dah bincang dengan guru pembimbing tentang Program Go Green tu..tapi cikgu tu 
            cakap kat sekolah takde kawasan yang besar sangat untuk kita buat penanam semula 
            pokok..tapi....Murni ada ambil gambar untuk kita jadikan bahan sokongan untuk isu kita 
            ni..sebab masa kat sekolah Murni dengan cikgu praktikum lain  ada buat projek landskap, 
            so, kami panggil murid-murid untuk bantu tolong  tanam pokok-pokok.. kita boleh buat 
            Kempen Penanaman Semula Pokok-Pokok sebagai usaha untuk memulihara hutan..


ni gambar-gambarnya..







emmmm...KIV dulu yang ni..kita dengar yang Irah punya pulak...

irah : irah dah bincang dengan cikgu sekolah irah..dia cakap boleh kalau nak buat..tapi dah ada 
         group lain yang buat pasal Kitar Semula..kita tanya Puan Diana dulu lah macam 
         mana..boleh ke sama tajuk..





haaaaaaaa.....habis dah semua orang cerita pasal maklum balas tugas masing-masing..pastu..........
semua temenung tak tau nak buat yang mana...


okla, sebagai penutup untuk musyawarah ketiga ni, kami decide untuk tanya Puan Diana esok masa kelas STM..






AL -KISAHHHHHHHHHHHHHH

HARI LIBRARY SEDUNIA...huahuahuahau ..kenapa tiba-tiba HARI LIBRARY xpasai-pasai..heheh okla..SEBENARNYA...nak bagitau yang hari ni kami bertafakur di library punyelah lama dok mencari buku - buku Sains Teknologi dan Masyarakat. Kami belum decide lagi nak buat projek ape ye untuk pameran nanti..internship dah dekat ni..nak buat kt sekolah ke tak..Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...jenuh kami pikir kot nak buat projek apa laa...


fuhhhh...penat kot pikiornye..actually isu pemuliharaan ni terlalu meluas..so, setelah penat mencari bahan, kami lepak -lepak dulu sambil bincang pasal projek pameran nanti..dan..kat bawah ni adalah 

Antara idea-idea yang tekeluaqq dari otak kami semua...

1. nak buat PROGRAM GO GREEN kat sekolah
2. nak buat MINI ZOO (macam Sarah penah buat dulu-dulu guna origami)
3. nak buat PROJEK KITAR SEMULA
4. nak buat PROJEK PEMULIHARAAN CORAL REEF (kot-kot sempat time pi Redang nanti)
5. nak buat pasal HUTAN PAYA BAKAU, kita tampal-tampal duit syiling buat macam kerja amal
    pastu kasi kat SAHABAT ALAM MALAYSIA tuk diorang tanam pokok bakau tu( berangan lagi
    ni)
6. nak buat pasal kelip - keliplah, macam best jugak..

Amboi kalau tengok kan ideanye melampau-lampau...macam ada 10 tangan je kan..hahahh pastu sidang bersurai..masih tiada kata putus lagi nk buat apa..


okay, balik ni  semua orang mulakan tugas masing -masing mencari contact

syida - call or emel tempat pemuliharaan kelip-kelip
izma - call Sahabat Alam Malaysia untuk projek PEMULIHARAAN PAYA BAKAU dan CORAL
          REEF
murni - bincang dengan cikgu sekolah pasal program GO GREEN
irah - bincang dengan sekolah pasal program KITAR SEMULA



okay..kita tunggu post seterusnya tengok idea mana yang digunakan untuk pameran nanti..balik bilik nak pikir lagi..tataaaa semua...



* sorry xde gambar la time kami lepak-lepak kat library hari ni..
* mungkin kita akan jumpa time internship pulak untuk entry seterusnya...

Ting tong...

hai semua...ingat lagi post yang lepas kita sembang-sembang tentang PEMULIHARAAN? ok, now kami nak terangkan apa itu PEMULIHARAAN...


Maksud PEMULIHARAAN ialah :


1.  memulihkan serta memelihara dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada  
     dalam keadaan baik. (Kamus Dewan 2005)
 2. memperbaiki persekitaran yang telah rosak akibat daripada aktiviti-aktiviti 
     manusia yang tidak bertanggungjawab.(J. Fieldhouse & S. Robertson 1986)
3.  Penggunaan biosfera oleh manusia supaya menjadi seoptimum mungkin. ( Nor  
     Ain , 1992)

 Antara objektif utama PEMULIHARAAN ialah :

1. mengekalkan dan memperbaiki proses-proses ekologi dan proses yang 
 membantu dalam sistem kehidupan. Proses ekologi termasuklah kitaran 
  karbon,oksigen,fosforus,nitrogen dan unsur- unsur lain yang diperlukan. 

2. mengekalkan kepelbagaian biotik. Terdapat dua jenis kepelbagaian biotik iaitu 
    spesies dan genetik. Kedua-dua perlu dikekalkan kerana penting dalam 
    seimbangkan sesuatu ekosistem dan kemajuan sektor pertanian.  

3. menentukan penggunaan spesies dan ekosistem. Penggunaan sesuatu spesies 
    memerlukan pengetahuan mengenai kehadiran dan kelimpahan. Pengetahuan ini 
    dapat mengelakkan berlakunya penggunaan yang berlebihan dan dapat 
    menentukan pemulihan. Kadar dan cara pemulihan bergantung pada biologi 
    sesuatu spesies dan juga kepada kualiti sesuatu ekosistem.

ape lagi cikgu semasa ni nak bebel...

Hai korang...hari tu kita dah kenal-kenal kan dengan ahli-ahli cikgu semasa...ok, sekarang ni..bermulalah perjalanan kami yang seterusnya..actually blog ni dibina untuk bagi tahu kat semua orang tentang pentingnya PEMULIHARAAN... kalau korang nak tahu..PEMULIHARAAN ni boleh dikategorikan kepada 4 jenis pemuliharaan iaitu pemuliharaan tanah, pemuliharaan air, pemuliharaan hutan, dan pemuliharaan haiwan liar...


sebenarnya korang peka tak dengan isu pemuliharaan ni???

ha? 

ape dia?

 takkkkkkkkkk??? ish..ish..ish...

ok takpe..tu lah tujuan sebenar kami bina blog ni...nak bagi tahu kat korang semua tentang PEMULIHARAAN..untuk memudahkan korang semua membaca blog ini..kami dah bahagikan kesemua jenis pemuliharaan tu ikut page..jadi korang bolehlah explore blog ni dengan sesuka hatinya..untuk di ruangan post ni, kami akan update diari kami dari semasa ke semasa...ok..dah nama pon blog gadis semasa..hahahhahh cukup saja untuk entry kali ni...kita jumpe di entry seterusnya...bye bye....

Hai..welcome to our blog..

Assalammualaikum semua..selamat datang ke blog CIKGUUUUUU SEMASA.. SENTIASA DI HATI..heheheh..

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nordiana dan Dr. Siti Hendon  selaku pensyarah pembimbing kami untuk subjek Sains Teknologi dan Masyarakat...ni lah entry pertama kami untuk korg semua..ok bye...



opssssss....lupa pulak...sebelum tu kami nk perkenalkan kat korang semua ahli-ahli kumpulan kami..

                                                  Yang bawah ni Cikgu Syida...
                                                                 cakkk!!!


ewah-ewah..main cak cak pulak cikgu ni...heheheh, ok next, jom kite kenal GADIS SEMASA seterusnyaa...

haaaaa yang ni pulak Cikgu Laila....cikgu yang paling glamor dalam kumpulan kami...hehe
ok, cikgu seterusnya cikgu paling meletop..skali..jom kita tengok siapa...

haaaa yang cun melecun ni namanya Cikgu Murni...tengok tu..merah mak ngah gitewwww....heheh
ok..yang last skali ni..cikgu yang paling sopan lagi ayu....cikgu Izma...





Apabila bergabung kami berempat maka terbinalah blog syimunizara.blogspot.com....iaitu gabungan nama syida, murni, ira, dan izma...

Okay...sampai sini saja untuk entry kali ini...jangan lupa ikuti kisah kami seterusnya..
byee.....



posted by Cikgu Syida